MENCARI IDENTITI SENDIRI

~Aku InsAn bIASA yANg DiTURuNKan ALLAh KE bUMI dIa uNtuk AKu mEncaRi kEbeSArAN YAnG ESA~

Sunday, January 17, 2010

ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH

Pada mulanya aku tak terfikir untuk menulis mengenai isu ini.

Seronok pula membaca ulasan-ulasan daripada blogger lain. Ada yang menyokong, ada yang menentang, ada yang berkecuali, macam-macam lah. Berbagai dalil dan hujah diberikan bagi menyokong penulisan mereka.
Semasa mandi tadi, tiba-tiba aku mendapat idea untuk menulis tentang isu ini.
Jadi sekarang korang akan membaca pendapat aku mengenai isu ini dari perspektif aku pula.

Seperti yang kita tahu, Malaysia merupakan negara yang sangat unik. Masyarakat yang berbilang kaum, agama dan bangsa. Mempunyai 14 buah negeri di mana 9 negeri masih lagi mempunyai raja mereka yang tersendiri.

Setiap negeri tersebut mempunyai lagu kebangsaan negeri mereka masing-masing.

Bagi rakyat Selangor termasuklah aku, jika bersekolah dahulu pada setiap kali perhimpunan hari Isnin, selepas lagu Negaraku kami para pelajar yang majmuk akan menyanyikan lagu kebangsaan Selangor yang bertajuk Duli Yang Maha Mulia.

Mahu tahu lirik lagu tersebut??

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu
Bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia

Lihat....ada perkataan Allah di situ dan ia dinyanyikan oleh semua murid tanpa mengira sama ada beliau seorang Islam, Buddha, Hindu mahu pun Kristian.

Hasil pencarian aku, banyak juga lagu kebangsaan negeri yang mempunyai perkataan Allah di dalam lirik lagu kebangsaan negeri mereka.

Contohnya lagu negeri Johor Darul Takzim yang aku dapat dari laman web ini

Allah peliharakan Sultan
Anugrahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria
Kekal dan makmur Luaskan kuasa
Menaungkan Kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan


Lihat, ada perkataan Allah juga di situ.


Satu lagi contoh adalah lagu negeri Perak. Sumber dari sini

Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah memerintah watan
Ditaati rakyat kiri dan kanan
Iman yang soleh Allah kurniakan
Allah berkati Perak Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan



Rasanya ada beberapa negeri lain yang di dalam lagu kebangsaan negeri ada penggunaan nama Allah.

Jadi, adakah anda dapat menangkap maksud yang ingin disampaikan???

Penggunaan nama Allah telah lama digunakan di dalam lagu kebangsaan kebanyakan negeri di Malaysia. Pastinya sudah lama sekurang-kurangnya semenjak merdeka lagi. Jadi kenapa tiba-tiba isu ini dibangkitkan??

Bayangkan situasi ini apabila mahkamah memutuskan penggunaan nama Allah hanya khusus untuk umat Islam. Adakah lagu-lagu negeri ini terpaksa diubah? Atau perlu dibuat di dalam dua versi, versi Islam dan untuk yang bukan Islam.

DIPETIK DARI BloG :http://erk888.blogspot.com/

wa de bace banyak komen, banyak ariticle pasal isu ni..tengah2 membuat kije hakiki, akak sulong wa hantar email..yang agak menarik minat wa nak share la...

hepi reading.

tajuk: penggunaan kalimah Allah bagi non-muslim di indon

Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di
Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect,
dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini...
(orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that's a fact!)
Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan
implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu
sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya
Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku
ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2..
"Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang!
Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah. .
bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung "Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda
Maryam!" aku langsung tergolek.... astaghfirullah! ceramah Kristian
rupanya..
Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada
slot obituaries: "Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga
ruh beliau dicucuri rahmat Allah" Bila tengok balik nama yang mati Eduardus,
Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan
kecik "ash to ash, dust to dust, fade to black"... tergolek lagi aku..
wakakaka...
Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku 'bermusafir' lah ke daerah
Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan
jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!)
pastu ada banner "Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!"
aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada
patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian
rupenye..
Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah
'usha' buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk
buku dia lebih kurang camni: "Memantapkan Iman Anda Kepada Allah" bila
bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan
hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku
lagi
... lah, buku dakwah Kristian rupanya..
risau gak klu jadi camni kat mesia
di tengah tengah bandar bandung juga terdapat sebuah geraja yg dinamakan
"rumah allah"...mcm mcm lagi isu akan timbul lepas ni selagi malaysia
mengamalkan demokrasi-sekular

wah...wa jadi takot....
lagi satu maklumat, ari jumaat akan ada gerhana matahari pukul 4 ptg..kalo tak silap wa, khutbah jumaat aritu pon akan berkisar pasal gerhana...lately bnyk pulak gerhana yang jadi..jumaat plaktu..
sumber maklumat: ayah

~Ya allah, jauhilah kami dari sebarang mala petaka...juga yang sudi bace, amin....~

http://ceritaseoranghana.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment